Lagu GIATMARA 2009

ROH KUG GIATMARA

# Harap Semua Lepasan Pelajar GIATMARA & Warga Anggota Kerja Panjangkan Hal ini.



From: Admin GIATMARA Date: 2009/7/8


Assalamualaikum,
Saya ingin berkongsi dengan semua anggota kerja GIATMARA berkenaan pandangan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Tn Hj Halim) mengenai Roh KUG. Berikut adalah pandangan daripada beliau :

1.0 SENSE OF BELONGING - di situlah tempat kita dilahirkan, dibesarkan, diberi dan dapat pendidikan serta di situlah tempat kita menjalankan perniagaan.

2.0 GRATEFULLNESS - bersyukur kepada ALLAH, berterima kasih kepada kerajaan yang memberikan peruntukan secara berterusan, berterima kasih kepada MARA kerana dapat menubuhkan GIATMARA di setiap kawasan Parlimen, berterima kasih kepada GIATMARA kerana memberi latihan secara percuma pada pelatih yang hanya ada 3M, berterima kasih kepada tenaga pengajar yang memberi segala ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan penuh kesabaran dan pengorbanan.

3.0 DEVELOPE BUSINESS MINDSET - tanpa perlu membayar fi, tanpa perlu ada peraturan dan tanpa perlu ada undang-undang kecil tapi apa yang perlu ialah at least sebulan sekali semua ahli-ahli KUG bagi setiap GM dapat berkumpul secara non formal di suatu tempat yang sesuai bagi membincangkan hal-hal business masing-masing, melihat peluang-peluang yang ada di persekitaran tempat kita menjalankan business, wujudkan business intelligent sesama kita, mengenali di antara rakan niaga dan seterusnya wujudkan dalam hati kita mengenai KEPERCAYAAN (TRUST) di antara rakan niaga kita sebagai ahli-ahli KUG.

4.0 NETWORKING - wujudkan database di antara ahli-ahli KUG di peringkat GM dan seterusnya di peringkat GM Negeri.

Seterusnya kita wujudkan rantaian niaga di peringkat nasional iaitu dari negeri Perlis sampailah ke Sabah. Inilah kekuatan kita, ahli-ahli KUG. Peranan KUG amat luas dan tidak ada sempadan.Saya telah membuat swot analisis mengenai ROH KUG. Kita mempunyai kekuatan di mana ROH ini tidak terdapat di kalangan lepasan pelatih dari institusi-institusi latihan kemahiran yang terdapat dalam negara kita kecuali lepasan pelatih GM. Kita mempunyai kelainan yang boleh membawa impak yang significant. Kita mempunyai kekuatan untuk menyatupadukan di kalangan rakan niaga di peringkat akar umbi (grassroot).

Biar sebesar mana sekalipun Tsunami Ekonomi yang melanda dunia amnya dan negara kita khususnya. Selagi ROH KUG ada di dalam setiap hati sanubari ahli-ahli KUG, ianya tidak akan hancur berkecai, ianya tidak akan hanyut baik ke hulu maupun ke hilir. Tetapi sekiranya terdapat di kalangan ahli KUG, lupa penghayatan ROH KUG, serta tidak ada semangat juang, tidak ada semangat bersaing, tidak ada semangat setiakawan, tidak ada semangat sayang orang Melayu, tambahan pula ada sifat-sifat mementingkan diri sendiri, sifat khianat dan tidak amanah, ianya akan hancur tanpa tsunami dan lebur cair dan sukar untuk dibentuk semula.

KOGIAT yang kita sedang wujudkan akan satu hari nanti, akan jadi hidup segan mati tak mahu. Tinggalkan berbagai-bagai masalah pengurusan dan integriti yang sukar dapat diselesaikan dan akhirnya terkubur. Nak salah siapa?Jadi beringatlah ahli-ahli KUG. KUG boleh bangun dari setapak demi setapak sehingga satu hari nanti ianya amat disegani oleh masyarakat perdagangan dan perindustrian bukan sahaja dalam negara malahan luar negara jua.

Bagi merealisasikan semua ini kerjasama semua anggota kerja dalam GIATMARA amat diperlukan. Ahli-ahli KUG perlu dibantu baik dari segi buah fikiran, moral, kemudahan maupun projek-projek yang boleh mereka laksanakan. Pengurusan GIATMARA di bawah kepimpinan Kak Yam CEO GIATMARA sedang berusaha bagi mewujudkan peluang-peluang ini kepada ahli-ahli KUG. Sebelum ini peluang-peluang ini tidak wujud. Apabila dapat peluang-peluang ini, banyaklah bersyukur kepada Allah dan jangan sekali-kali AHLI-AHLI KUG LUPAKAN ROH KUG.Marilah kita sama-sama teruskan perjuangan dan dengan berkat kesabaran serta kekuatan yang kita ada, kita buat yang terbaik untuk kita.

Sekian, wassalam
GIATMARA Malaysia
Email: admin@giatmara.edu.my
Tel: +603 2691 5111 ext 3489
http://www.giatmara.edu.my/

Objektif

Memberi latihan praktikal dan teori kepada masyarakat bandar dan luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup individu melaui peluang usaha niaga dan pekerjaan.

Sebagai sebuah institusi latihan kemahiran di peringkat akar umbi masyarakat, GIATMARA merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran serta gejala kurang sihat dalam masyarakat Bumiputra.

GIATMARA adalah satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputra mempertingkatkan kemahiran mereka dan menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka.

Lokasi GIATMARA Machang



# Klik sini untuk mendapat gambaran lokasi lebih tepat.

Tempoh Latihan

Kursus yang ditawarkan :
1. Teknologi Sistem Komputer

Objrktif:

Selepas mengikuti program ini, para peserta boleh menjadi pekerja mahir dalam bidang ICT. Pelatih boleh memasang, menyelenggara, membaikpulih sistem dan rangkaian komputer. Peserta juga boleh menggunakan berbagai perisian serta membangunkan laman web dengan menggunakan peralatan dan teknologi terkini serta kemampuan untuk menjadi usahawan ICT.

Tempoh Latihan seperti berikut:-

1.Tempoh Latihan D-041-2
: Pembantu Juruteknik Sistem komputer
: 06 Bulan Latihan di GIATMARA
: 03 Bulan Latihan Industri


2.Tempoh Latihan D-041-3
: Juruteknik Sistem komputer
: 12 Bulan Latihan di GIATMARA
: 03 Bulan Latihan Industri

# Sebarang perubahan mengikut perkembangan semasa.

Lagu MARA

Lagu Warisan "Anak Kecil Main Api"

Aktiviti Pembelajaran & Pengajaran Di Makmal IT

Pelajar Pembantu Juruteknik Sistem Komputer "TSK15" - Sessi 2/2009

Aktiviti Latihan Pelajar

Pelajar Juruteknik Sistem Komputer Sessi 2/2008-2009

Pelajar Pembantu Juruteknik Sistem Komputer sessi 1/2009

TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER(TSK15) 1/2010